Tuesday, May 5, 2009

Introduksi Tentang Cinta

Berkata atau berdiskusi tentang perkara yang dipanggil cinta, semua pasti tertanya siapa yang layak membicarakannya. Adakah seorang profesor, doktor atau pemegang ijazah-ijazah pangkat pertama. Jikalau itulah jawapannya nescaya ramailah ingin menjadi doktor cinta. Jawapan bagi persoalan ini cukup mudah kerana yang layak memimpin perkara ini adalah mereka yang punya hati bercampur perasaan.


Jadi tak kiralah dari berpangkat tinggi mahupun orang biasa mampu membicarakannya. Dan tidak mustahil bicara cinta orang bawahan lebih enak dan mampan daripada pihak atasannya. Cerita cinta mereka mungkin lebih agung daripada cerita hambar seorang yang punya kuasa.

Bagaimana cerita cinta anda? Soal pokok pada diskusi ini adalah keluasan dan universalnya persoalan cinta. Mungkin ada cinta anak-anak di sekolah rendah lebih bermakna daripada cinta mereka yang sedang menuntut di universiti. Jadi semuanya harus pulang pada hati dimana cinta itu bersemi, dimana cinta itu mula diberi dan dimana cinta itu diterima. Lapangkanlah hati untuk membicarakan hal dan hakikat ini. Kerana hati juga yang merasa bahagianya cinta dan hati juga yang merasa peritnya hakikat terluka dan kecewa dalam bercinta.

"Hati itu harus dibuka seluasnya,Kerana disitulah segala yang bernama cinta bermula."

Pernah satu ketika seorang teman berkata sambil mengeluh.“Aku dah penat mencari cinta. Cukuplah yang ada sekarang walau kadang kala ianya membosankan.” Pada ketika dia berkata demikian umurnya dalam lingkungan dua puluh tiga tahun. Dan hati saya terdetik, mungkin dia mula mencari cinta pada usia seawal enam tahun. Kalau tidak masakan dia sudah mula bosan untuk mencari cinta. Atau sebenarnya dia belum berjumpa dengan apa yang dicari. Dan seorang teman juga pernah berkata pada usianya hampir empat puluhan. “Aku masih mencari cinta yang sebenar”. Mungkin dia pernah bercinta tapi mungkin bukan cinta yang sebenar.

Dalam menilai dua keluhan ini bila cinta itu bermula dan berakhir. Jawapannya terlalu sulit untuk dibicarakan. Dan inilah yang dinamakan kehebatan cinta. Segala keagungan teknologi, kajian yang bertahun juga gagal mencari jawapannya. Kerana apa? Ini harus kita pulang kepada satu doa yang sering kita baca.

“Ya Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati,tetapkanlah hati kami.”

Dimana, bila dan mengapa cinta. Itulah yang menjadi bahan diskusi yang tidak akan habis sehinggalah semua manusia dipanggil mengadap yang Esa. Kerana disinilah akan ditemui segala jawapan yang tersirat dimuka bumi. Namun sebagai insan yang diberi akal tugaskita sudah pastilah mencari yang terbaik dalam semua perkara dimuka bumi termasuklah yang dinamakan CINTA.

Salam Perkenalan

Hi sebenarnya aku memang dah lama nak ada satu blog untuk story mory tentang Cinta ni.
Walaupun ramai yang bertanya buku aku yang bertajuk Tentang Cinta bila nak siap. Hemm jawap aku dah dekat 4 tahun aku cuba menyiapkan buku tu. Tapi aku pun tak tahu kenapa aku bleum lagi menerbitkanya. Kalau diikut sudah lebih 50% yang siap tapi aku belum temui sentuhan untuk aku menyiapkan baki buku berkenaan.
Tapi insyaAllah di dalam blog ini akan aku sajikan sebanyak boleh hasil penulisan aku tentang hal ehwal cinta ni. Dan aku juga merasa disini akan dapat menolong aku menghabiskan saki baki penulisan buku ' Tentang Cinta'.
Aku juga berharap rakan-rakan pembaca dapat memberi pandangan atau berbincang tentang kes-kes study yang terdapat di dalam blog ini nanti.
Ok lah insyaAllah pada post yang kedua aku akan memulakan perbincangan tentang topik yang tak pernah padam panas apinya sejak kelahiran manusia bernama Hawa sebagai peneman Adam yang sedang kesunyian.


Gambarkanlah Cinta Kau Itu Seperti Benih Yang Subur, Moga-moga Tumbuh Menjadi Pohon Yang Benar-benar Kukuh